2011-11-16

LAWAK KAMPUS : TERBAIK!

lakaran oleh aku ( tak terer lah weih)
sempena bolasepak MALAYSIA vs INDONESIA
di SEA GAMES 2011 ( Jakarta - Palembang )
Malaysia boleh!!!
keputusan perlawanan Malaysia 3 - Indonesia 1 (jangkaan)

Anda kenal dengan Vanness, Aditas, Si Kosong, Froggy, Xena, Bebop dan cikgu Noodle? Kalau tidak, anda mungkin bukan seorang peminat tegar kartun atau komik Malaysia. Komik strip 4 petak ini asalnya karya Keith dan Zelo (Zelo dah meninggalkan Gempakstarz), Keith meneruskan legasi Lawak Kampus di majalah komik Gempak sehingga ke hari ini. Serius ! unsur humor kisah hidup remaja di sekolah dan kehidupan harian mereka pasti akan membuatkan kita geli hati (aku sengaja menggunakan ayat geli hati kerana teringat majalah lawak gelihati yang popular satu ketika dahulu).

Kenapa karya lawak kampus ini mudah ‘melekat’ di hati pembacanya? Kerana jenaka tahap ‘super’ serta watak-watak atau lebih sedap disebut pelakon dalam setiap plot itu mempunyai karakter unik dan lucu!

Aku mula membaca Lawak Kampus, seingat aku sewaktu aku masih bersekolah menengah. Sekarang aku sudah punya anak seorang, tapi Vanness, Aditas, dan Froggy masih juga di sekolah menengah! Ironi? Terasa seperti mahu kembali ke zaman persekolahan dan menjadi ‘jajal’ aka nakal. Oh yeah! Bukan jahat , tapi nakal. Watak menarik... the unknown

‘Game’ Lawak Kampus spotcheck versi telefon bimbit telah pun dikeluarkan. Kalau siri Lawak Kampus ini dijadikan siri animasi, pastinya populariti komik karya tempatan akan lebih gah di arena antarabangsa. Kalau tidak lebih, mungkin setanding Upin dan Ipin. Betul, betul, betul!
Mahu melihat suatu hari nanti peserta cosplay di mana-mana acara berkaitan komik di peringkat antarabangsa bergaya seperti Vanness dan Aditas, atau mana-mana watak dalam karya ‘sedap’ ini.

Mari berkenalan dengan budak-budak ni… Vanness, Aditas dan kawan-kawan!
(pasti anda semua tahu nama mereka kan?
Vanness - Aditas - Froggy - Unknown


si Kucing - Ami - Xena - Si beruang - Yami

Cikgu Noodle - Guru Besar - Si Kosong - Bebop

Sebenarnya ramai lagi watak-watak dalam siri Lawak Kampus ni. Mungkin aku akan buat satu slot susulan untuk LK ni. ~_^

Kalau mahu tahu tafsiran perwatakan atau asal usul watak lawak kampus ni, boleh lihat teori menarik dan lucu oleh Mazdasa di link ini

0 ulasan pada :“ LAWAK KAMPUS : TERBAIK! ”

Blog Widget by LinkWithin