2011-12-01

Shamsir Shahar : Syem



Dengan segala hormatnya, diperkenalkan sekali lagi kepada sekalian rakyat jelata... saudara Shamsir Shahar (tak kenal?) atau yang lebih dikenali sebagai Syem Raja Lawak. nah kan...kenal.


"Bakat dan hasil karya seni orang lain membuatkan aku gembira dan teruja. Kita orang Malaysia memang punya keupayaan serta bakat terpendam. Cuma laluan agak berliku…. birokrasi, politik, dominasi, dan kurangnya apresiasi oleh khalayak… bila ada yang berkarya dan cuba melebarkan sayap ke luar negara dan membelakangkan tanah tumpah tercinta maka akan dihambatlah dia dengan kata nista… kacang lupakan kulit atau tiada jati diri… aku cakap-hidup berkarya perlu apresiasi, upah dan habuan hasil titik peluh harus setimpal… untuk hidup, wang ringgit tetap menjadi bayang-bayang yang membuntuti… ngeri dan seram tapi itu kenyataan! "

(petikan dari coretan di blog BUDAKHUTAN - "Aku Tengok Dia Lukis")


Ya, aku pernah buat entri mengenai Syem dalam blog aku (budakhutan.com) pada bulan Februari tahun lalu (2010). Kenapa buat entri sekali lagi? Kali ini aku mempromosikan beliau dalam blog yang memang aku dedikasikan khas untuk blog seni ilustrasi dan grafik (coretconteng) ini. Kalau bukan kita yang menghargai artis kita siapa lagi geng?


Lukisan Syem sangat menarik, lebih-lebih lagi karya karikatur beliau. Aku sendiri pernah mengalaminya. Serius! (eh... macam tragedilah pula). Ketangkasan beliau melukis karikatur dalam tempoh yang singkat amat superb!.

kepada anda yang mencari perkhidmatan melukis karikatur untuk diri sendiri, kekasih, syarikat, perkahwinan dan sewaktu dengannya bolehlah mendapatkan perkhidmatan beliau. (aku sertakan iklan yang diculik dari Facebook Syem. Ya! beliau ada facebook.


mahu tahu cerita pertemuan kami di KLSentral?

p/s : Ayuh melukis ~_^

Blog Widget by LinkWithin