2013-01-21

Bah! Kenapa kau lambat?



Bah? kenapa kau lambat? Pergh! betullah, sedih betul aku dengan status blog yang pernah diternak dahulu. Kosong...kosong...kosong... Sampai bila? Ini adalah survival... kelangsungan untuk terus 'menulis' atau lebih tepat 100 % ..menaip di alam siber ini.  Blog coret conteng mula kosong dan hambar... tanpa pengisian. Mungkin aku kehilangan fokus, atau aku terlupa halatuju dan misi serta visi untuk blog ini... dan juga mungkin blog-blog yang lain. atau boleh juga aku salahkan diri sendiri? Pengaturan masa yang tidak efektif serta hilang semangat... atau mungkin 'writer's block'... atau aku hilang arah... 


Kosong! bila kali terakhir aku menaip di blog ini? Tahun 2011... bulan Disember! wow! Sungguh lamanya... memang sah... apa dah jadi dengan aku? kemana hilangnya semangat yang bermula seawal 2004 jika aku tidak silap... dahulu aku mula berblog dengan banyak 'idea' dan konsep serta banyak arah... tapi apa sudahjadi sekarang? sikap bertangguh? atau boleh sekali lagi aku salahkan masa?


Survival? Bagaimana pula selepas entri yang satu ini? yang pertama di Januari 2013.. adakah akan ada lagi pengisian yang akan aku sumbat ke blog mencoret conteng ini? adakah?

Baiklah... perjuangan belum selesai... momentum yang ada harus dikekalkan. 

MENGEJAR KLIMAKS, MENCARI KONKLUSI!

nota hujung: mencari identiti tetap untuk blog yang satu ini... ermm!



0 ulasan pada :“ Bah! Kenapa kau lambat? ”

Blog Widget by LinkWithin