Setelah lebih kurang sebulan aku tidak memasukkan / mencoret conteng diruang blog ini. Penat , letih , kekeringan idea dan malas mungkin menjadi faktornya. Banyak idea mencurah untuk memperbaiki dan menambah segar pada blog ini dan blog - blog milikku. Kadangkala timbul persoalan ... kenapa banyak blog? Jawapan awalku semestinya untuk mendapatkan hasil atau pulangan daripada iklan-iklan berbayar. Tapi setelah sekian lama ber'blogging' , minat dan kemahuan untuk berkongsi dan mencurahkan apa yang ada di benak kepala semakin membuak-buak. Tidak semuanya aku luahkan dan sampaikan , tetapi ianya seolah menjadi kemestian untuk aku ber'blogging'.
Sebolehnya aku mahu memberikan kelainan pada setiap blog yang diusahakan. Sedikit persamaan mungkin dari segi sumber foto , penyampaian dan cara.Penambahbaikan dari masa ke semasa mengikut trend dan gaya terkini.
BEBELAN 2-DARURAT...sampai bila?
Pada waktu - waktu 'darurat' poket dan perbelanjaan yang ketat, banyak perkara yang perlu dirancang semula dan diperhalusi lagi. Oleh itu, fokus sedikit sebanyak tertumpu kepada satu halatuju..."Bagaimanakah caranya untuk menambahkan sumber pendapatan?"... penjimatan memang boleh dilakukan tetapi tuntutan keperluan harian dan perbelanjaan sampingan tidak boleh tidak diambil ringan. Beban perbelanjaan minyak kereta sahaja boleh memakan lebih kurang 20 % ke 30% daripada gaji bulanan, bergantung kepada jarak tempat tinggal dan jarak perjalanan yang dilalui. Manakala bayaran utiliti dan Ansuran pinjaman hampir mencecah ke 50% daripada pendapatan bulanan. Baki 20% digunakan untuk menampung lain-lain perbelanjaan harian.
Ada yang membandingkan dahulu walaupun gaji sedikit tapi serba serbinya cukup dan masih ada yang boleh disimpan.Kuasa beli ringgit telah jauh berbeza. Kenaikan harga barang meningkat secara mendadak , sama seperti naiknya harga minyak. Sebelum kenaikan gaji kakitangan awam , harga barang telah meningkat naik. Setelah kenaikan gaji, harga barang naik sekali lagi. Apabila harga minyak diumumkan naik mengejut. Pengguna pula dikejutkan dengan kenaikan harga barang sekali lagi.
Ketidakseimbangan terjadi, apabila kenaikan gaji tersebut tidak membawa apa-apa makna kerana beban perbelanjaan minyak,keperluan harian dan lain-lain perbelanjaan naik.
Teori penjimatan dan perbelanjaan berhemah yang dicanangkan juga tidak selari dengan pelbagai perancangan oleh pihak 'diatas' yang ternyata lemah dari segi pelaksanaan. Kelemahan tersebut berpunca daripada ketidakyakinan , serta kekeliruan dengan pelbagai kaedah yang cuba diterapkan dalam satu-satu masa yang singkat dan kadangkala berubah dalam sekelip mata.
Sampai bilakah akan berakhirnya episod 'darurat' ini?
adakah konsep yang miskin dan susah akan terus susah dan yang kaya terus senang akan dimartabatkan? Persoalannya... sampai bila?

2 ulasan pada :“ Kemudian ”
sampai bila2 la agaknya..
belum pasti yang ramalan itu bakal terjadi , atau angan-angan akan menjadi nyata... peralihan kuasa / mahukan kuasa / tamakkan kuasa.... hanya masa jadi penentu
Catat Ulasan