Semalam aku berkesempatan untuk singgah ke Center Point , Kota Kinabalu. Makan malam bersama dengan 'teman rapat' dan kemudian kami merayau di kedai buku yang ada di situ. Setiap kali turun ke bandar atau mana pun , aku akan cuba mencuri masa untuk ke kedai buku. Kalau bukan novel yang dibeli , aku akan membeli majalah seperti Kosmik atau Anjung Seri (mak yang suka) dan majalah komik Gempak dan Utopia atau Komik-Komik yang menarik perhatian aku.
Saat meninjau novel - novel yang ada di situ , aku tertarik dengan paparan grafik sebuah novel bertajuk SAGA HORIZON. "mesti menarik ni" , aku terus mengambil buku itu dan membelek - belek Novel keluaran Alaf21 tu.
SAGA HORIZON
-Sebuah Novel Sains Fantasi-
Penulis - Fadli Al-Akiti
Aku baca sebahagian sinopsis di belakang novel ...
" Pada 3024 A.D...
Dunia huru-hara. Sejarah dan kegemilangan tamadun manusia sudah musnah ditelan zaman. Bumi jadi tandus , dihujani asid. Jembalang bertulang Besi bermaharajalela. Manusia diserang, dibunuh dan diselubungi ketakutan."
"wow, macam tak boleh dilepaskan ni" , aku mencongak-congak dikepala untuk memastikan belanjawan untuk beli bahan bacaan masih ada. Hehehe... akhirnya , novel itu aku beli juga. Tapi , aku masih belum memulakan 'pengembaraan' sai-fai , kena cari masa yang sesuai untuk mula menghadam cerita tu nanti...
Aku akan buat ulasan setelah selesai membaca nanti... ayuh kita ke Horizon!
nota kaki:
oh ya , penulis juga mempunyai blog KUBU BUKU
4 ulasan pada :“ SAGA HORIZON ”
salam sai fai.. terima kasih kerana membeli.. harap boleh baca dengan senang hati kerana ramai katakan ianya berat. apa2pun terima kasih sekali lagi:)
Telah habis membaca kali pertama..
dalam proses bacaan kali ke2..hehehe... ntuk lebih menghayati..
salam, wah, mencerna buat kali kedua!
Titi~ Istilah dan kosa kata Saga Horizon amat menarik dan berat. Ambil masa untuk mencerna dengan sempurna. :)
Catat Ulasan