2010-02-26

Ranjau dan Duri

Perjalanan hidup dipenuhi dengan onak dan duri. Jika tidak berhati-hati menyelusuri ranjau dunia, maka akan terjelepok dan terluka. Bila itu berlaku, kita punya pilihan untuk terus menangisi dan meratapinya sepanjang hayat, atau menangis dan bangkit serta belajar darinya.

Adakah aku duri itu?
Boleh sahaja soalan itu ditujukan kepada diri. Sikap buruk dan kebiasaan yang tak elok , sekiranya terus diamalkan dan disemai maka samalah seperti menanam pepohon berduri di sepanjang laluan kehidupan diri sendiri. Semakin lama, pohon berduri itu akan semakin tumbuh mekar kerana dibaja oleh anda. Akhirnya yang menjadi mangsa bukan sahaja diri anda yang sering robek dan dipenuhi tores berdarah, tetapi juga menyebabkan mereka yang melalui jalan yang sama tertusuk dek kealpaan dan kebejatan itu.

apa yang bagus untuk dibuat sepanjang hari ini?
Lebih baik untuk bermuhasabah diri dari mencela peri buruknya insan lain dan mencanangkan kebusukan itu ke seantero semesta. Menghayati rentetan hidup Nabi Muhammad S.A.W...

Benar! tidak mudah untuk menjadi mulia dan baik...
tapi rasanya tidak sukar untuk tidak menjadi jahat dan kejam...

0 ulasan pada :“ Ranjau dan Duri ”

Blog Widget by LinkWithin