2008-02-24

Kisah Seorang Gembala

Bukan hari makin pagi,
tidak juga akan terus malam,
yang pasti ia akan terus berlalu pergi,
walau cintamu begitu mendalam...
dalam..

mungkin seribu tahun lagi akan kekal ,
tapi tiada bermaksud selamanya cekal ,
ibarat putaran roda dan takal ,
jatuh bangun mainan akal,
yang perlu hanya benak diisi bekal....
bekal...

Kadang payah melontar suara,
tak mahu dikecam biadap bicara,
sampai bila di belakang juara?
andai hasad dengki sesama saudara..
saudara sebangsa...saudara seagama...saudara senegara...saudara sedunia...
saudara...

aku tidak tahu...

4 ulasan pada :“ Kisah Seorang Gembala ”

Wahh.. benar-benar segar.

Teknik pengulangan kata kunci di akhir perenggan membuat perasaan pembaca "dipaku" oleh tujuan/niat yang ingin disampaikan oleh penyajak.
Aku terkesan.

Setiap kali aku mengulang kata-kunci itu,maksud penyajak semakin dekat dengan hati.

Boleh ditanya, dari mana ilham ini timbul? Boleh cadangkan aku sajak-sajak yang punya strategi sebegini?

P/S; jom bertukar link.

Wassalam SangPelangi...
Waktu tulis sajak tu, aku banyk pikir tentang konflik dunia... bila aku tulis neh, aku terus plak bayangkan siapa yang akan membacanya dengan berkesan... aku bayangkan Pak A.Samad Said yang membaca... entah kenapa aku dapat perasaan yang sebak dan berkobar bila bayangkan beliau yang menyampaikannya...

Hebat-hebat, meremang jugak roma bila membacanya :-D

Syabas, syabas, selalu-selalu la tulis ya? Syok membaca ayat-ayat tersusun atur tu.

Tak mcm Mr Ah Fa itu, berterabur saje.

:-D

huwawahahaa!! Mr Ah Fa berterabur...den lagi ar, bersepai:P

Blog Widget by LinkWithin