2008-06-07

DAULAT TUANKU


Hari ini 7 Jun 2008 ( Sabtu ) bersamaan dengan 2 Jamadilakhir 1429H merupakan Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

Baginda merupakan Yang Di-Pertuan Agong yang ke 13 selepas Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail. Tuanku Mizan Zainal Abidin telah dipilih oleh Majlis Raja Raja untuk menjadi Yang Di-Pertuan Agong yang ke 13 pada 13 Disember 2006. Baginda telah ditabalkan secara rasminya sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke 13 pada 26 April 2007 bertempat di Balairung Seri , Istana Negara.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan kesejahteraan serta kemuliaan kepada Tuanku.

Daulat Tuanku...

kredit -
Gambar - parlimen.gov.my
Maklumat - Wikipedia - Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke 13

0 ulasan pada :“ DAULAT TUANKU ”

Blog Widget by LinkWithin