2008-06-06

Selamat Pengantin Baru

Kahwin ? . Bila dibicarakan soal kahwin pada masa kini , pelbagai persoalan akan terlebih dahulu difikirkan oleh teruna dan dara. Persoalan pokok yang menjadikan si teruna berfikir panjang ialah soal kos . Kos belanja persiapan kahwin , hantaran , mas kahwin , majlis persandingan serta lain - lain perbelanjaan yang berkaitan akan membuatkan teruna gusar dan tak lena tidur. Seringkali diperkatakan bahawa isu kos inilah yang menyebabkan ramai di antara teruna dan dara yang terpaksa menangguhkan hasrat murni untuk mendirikan masjid .
Dari segi hukum Islam , tidaklah di syaratkan untuk bakal - bakal pengantin mengadakan satu 'pesta' untuk majlis perkahwinan mereka. Cukuplah dengan mengikut rukun yang ada serta disempurnakan dengan secara bersederhana. Apa yang perlu difikirkan bukanlah hanya kepada majlis perkahwinan itu sendiri , tetapi kehidupan selepas sah diijab-kabulkan. Keperluan hidup berumahtangga adalah lebih mustahak daripada majlis yang sehari itu. Kos sara hidup selepas hidup berdua berbeza dengan perbelanjaan sewaktu masih bujang.

Untuk mengecapi impian , setiap pasangan hendaklah bersama-sama memberikan input dan saling membantu. Sikap toleransi , bertanggungjawab dan hormat-menghormati merupakan kunci kepada kebahagiaan hakiki. Selamat Pengantin Baru !

0 ulasan pada :“ Selamat Pengantin Baru ”

Blog Widget by LinkWithin