2008-12-16

LALUAN


Senandung lagu hayat berkumandang di sepanjang perjalanan
Ligat berputar didalam benak seperti piring hitam yang mendondangkan irama
Ada bisik bisik yang mendesah
Ada desak untuk segera ,
Ada juga suara tak kurang hanya senggang berleha leha
Tapi ada yang mahu diabaikan saja semuanya...

Tidak semua kepala punya kepala
Ada memilih kanan dan kiri dengan kantung terisi laba
Lalu senyum mengembang
Lena dibuai sorak sorai dunia
Lalai dilambung pujian pujian yang membawa riak
Bangga punya taulan yang beri habuan
Hanya bermuka – muka untuk mendapat kesenangan
Kau punya harta , pangkat dan darjat
Nescaya sahlah aku saudaramu... percayalah

Sedang di gubuk sebelah ada tangis lapar
Si kecil di cengkam dingin malam
Menanti ibu dan ayah yang belum pulang
Kerana mengerah kudrat di usia setengah suku dari seabad
Demi untuk mengalas perut yang kosong
Tidak meminta belas kasihan
Tidak juga mengharap ada insan-insan kaya untuk menolong
Kerana mereka percaya...
Usaha dan tawakal kepada Yang Esa
Pasti ada hikmah dari-Nya
Tak perlu bermegah megah… Percayalah

Memang dunia , matahari dan galaksi ini berputar pada paksinya..
Itu adalah laluannya... laluan yang telah diqadarkan
Tapi sampai bila ? kerana setiap laluan itu pasti ada penghujungnya
Setiap yang bermula itu ada penghabisannya
Setiap yang hidup itu ada matinya ....
Tamat dan berhenti pada noktah yang terakhir

Tapi tidak bererti laluan itu akan berakhir
Sebelum terlencong arah
Sebelum terjunam ke bawah
Hitung jarak dan bekalmu
Cukupkah untuk meniti Siratul Mustaqim ?

~karya nukilan BudakhutaN olah dari N.M

0 ulasan pada :“ LALUAN ”

Blog Widget by LinkWithin