2009-01-08

SIAPA yang SALAH ?





Ketika coretan ini di tulis... Palestin masih lagi digempur oleh Israel. Kenyataan - kenyataan berunsur manipulasi , memohon simpati dan angkuh oleh pihak zionis membuatkan masyarakat dunia keliru. Mereka menyalahkan Hamas di atas kekejaman yang mereka lakukan. Mereka juga memperlekehkan PBB . "ini bukanlah satu resolusi / isu yang boleh diselesaikan melalui rundingan di atas meja PBB, ianya harus diselesaikan di lapangan" itulah antara kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Israel.Manakala pihak Palestin berjuang untuk mempertahankan kedaulatan mereka. Walaupun seperti yang kita tahu , peperangan ini sebenarnya bukanlah baru berlaku sehari atau sebulan dua, tetapi telah berlangsung sekian lamanya. Siapa yang bersalah ?

Tidak juga menyokong mana-mana pihak tetapi aku menyokong kepada perjuangan hak asasi manusia. Ibarat pepatah lama , "dua ekor gajah yang galak bergaduh , kancil yang mati tersepit di tengah"... golongan warga emas , wanita dan kanak-kanak menjadi mangsa peperangan.

Apakah hukuman mandatori yang harus diberikan kepada mereka yang menyebabkan kematian ini ? ....

Cuba tidak mengaitkan agama dan prinsip peribadi 

sejauh manakah kita tahu ? 

BETUL , jika kita katakan bahawa tindakan yang mereka lakukan itu adalah kejam dan tiada perikemanusiaan

SALAH , jika kita mengatakan bahawa JEWS/YAHUDI ( agama/kepercayaan ) mereka itulah yang bersalah

samalah seperti melentingnya kita apabila segelintir masyarakat dunia memandang serong dan mengatakan bahawa ISLAM itu ganas , kasar dan dan tidak bertamadun... walhal yang membuat angkara adalah mereka yang ekstremis dan fanatik...

BETUL , jika mereka mengatakan tindakan pihak pelampau islam ini kejam dan tidak berhati perut

SALAH , jika mereka mengatakan ISLAM yang menganjurkan kejahatan dan menghalalkan perbuatan sedemikian.

dan aku menyalahkan mereka yang memanipulasikan kedudukan dan kerakusan mereka. Konspirasi dari pihak 'perencana' membuatkan pertelagahan sukar lagi dibendung. Melontarkan isu-isu kemanusiaan dan hak untuk berjuang bagi menghangatkan lagi hati hati mereka yang telah lama terluka . Dendam dan benci menjadi bara kepada 'orang-orang' berkepentingan , mereka hanya perlu menuang minyak atau meniupkan angin untuk memarakkan lagi perasaan sengketa.

kebanyakan daripada mereka yang mengeluarkan kata nista menyatakan betapa kejam dan hinanya masyarakat atau agama lain tidak sedar bahawa sebenarnya mereka juga telah termasuk perangkap. Sebenarnya itulah apa yang dimahukan oleh 'perencana'. , MARAH , DENDAM , BENCI dan saling memusuhi.

Kemanusiaan itu melangkaui sempadan agama , bangsa dan negara...

satu persoalan yang perlu kita jawab sejujurnya...

Adakah kita akan membunuh / menyeksa seorang kanak-kanak / bayi / , hanya kerana mereka adalah kanak-kanak / bayi musuh kita ?

sekadar pendapat .....

2 ulasan pada :“ SIAPA yang SALAH ? ”

Geram bila hak asasi manusia dilanggar..Yang mati ramai anak2 dan org perempuan..kesian je.
cinta damai!!

Blog Widget by LinkWithin