Masalah itu bukan pada agamanya , kerana agama tidak pernah mengajar umatnya untuk saling caci mencaci , fitnah memfitnah , mengeluarkan kata kesat , membuat onar dan angkara...apatah lagi mengakibatkan kesengsaraan kepada orang lain / agama lain dengan alasan2 duniawi ...
Kekhilafan kita manusia , tak kira walau apa pun bangsanya ialah , kekuatan akal dan fikiran yang lemah, jati diri mudah dilentur dengan kata2 pujukan , rayuan , dombaan , dan hasutan...
Tidak perlu saling menyalahkan antara agama , tidak pelu saling menyalahkan antara warna kulit... tidak perlu menanam rasa benci pada sesiapa pun ...kerana agama tidak mengajar kita utk saling membenci... tidak perlu buang kudrat untuk itu...
Cekalkan jati diri , maju ke hadapan , bersatu .. itulah langkah yang sepatutnya...
wassalam..sekadar pendapat dari aku yang mentah"
0 ulasan pada :“ Hanya Sekadar Pendapat... ”
Catat Ulasan