2010-12-16

Suram geram dalam diam...

Suram geram dalam diam,

bibit muak dengan mereka yang punya ragam,
lagak tinggi tutur bicara, bangga darjat kemas digenggam,
mahu disembah, dipuja, dijulang siang malam,
yang lain dianggap kecil, olah semut hitam,
oh...kita tunggu kapalnya karam...

Suram geram dalam diam,
biar dihambur nista, tak usah berdendam,
ucap selamat, doa baik elok bersalam,
usah diikut rentak macam makan banyak garam,
hati kelam, gelap hitam hanya buat kita tenggelam,
oh... manis lagi senyuman dari muram...

biar Tuhan mentadbir alam...

2 ulasan pada :“ Suram geram dalam diam... ”

da lma diam tnpa brita ni..haha..lma nda bca blog cni tau..

Miss Dila ~ Terima kasih kerana sudi berkunjung. Lama tidak mengemaskini blog ini.... Rindu. hehehe

Blog Widget by LinkWithin