"Jumaat ini aku pergi... semoga kita bertemu lagi... di lain hari...Benar, hanya kamu yang aku cintai. Kau umpama bidadari, penyeri hidup ini..." sebak untuk terus aku menuturkan bait ayat itu... punat-punat di telefon bimbit yang tadi rancak ku tekan, kini dapat berehat dari digomol jari-jariku... aku mengusap lembut skrin sentuh telefon bimbitku yang tadi tertitis dek air mataku.
Aku menaikkan pandangan, melihat indahnya matahari yang kian terbenam. Langit bertukar warna, tona merah jingga yang semakin kelam, seperti kelamnya jiwaku ini... terbenam... tenggelam dan karam ... Aku menarik nafas panjang, sambil mataku pejamkan rapat sambil tanganku meraba bibirku yang sedikit bengkak dan berdarah kerana penumbuk sulung Saif... Sakit... tapi tidak terkalahkan pedih dan robek dihati.
Aku menekan pantas beberapa punat di skrin sesentuh untuk memadam beberapa patah perkataan dari ayat awal tadi... Tak mahu aku mementingkan perasaanku sendiri. Kalau diikutkan bisikan jahat naluri, mahu saja aku terus menerus mengasak Wawa dengan memori cinta kami, semua kenangan manis yang telah kami lalui... tapi, itu hanya akan mengingatkan kembali saat-saat terakhir bilamana Wawa mengucapkan kata benci dan menghalau aku turun dari keretanya, seterusnya kemalangan yang mengakibatkan Wawa kehilangan memori dan cacat anggota...
"Jumaat ini aku pergi... semoga kita bertemu lagi... di lain hari..."
hanya itu ayat yang tinggal... Api yang membakar hutan kian marak, bunyi ranting kayu,daun dan rumput yang terbakar jelas kedengaran dari kejauhan. Musim kemarau yang panjang selepas hujan lebat hari itu seolah melambangkan perasaanku. Kering, gersang dan kontang...
Hantar... itulah pilihan yang aku buat. Menghantar mesej pesanan ringkas tadi kepada Wawa. Aku bangun dan mendonggakkan kepala ke langit yang kini gelap. Aku bulatkan tekad. Aku akan pergi...
(bersambung...)
0 ulasan pada :“ Andainya ku Tahu~babak 5 ”
Catat Ulasan