Sudah lebih daripada tiga bulan aku tidak mencoret conteng di sini. Dalam tempoh lebih sembilan puluh hari itu banyak perkara yang telah berlaku, bukan sahaja dunia aku tetapi bumi milik semua manusia ini juga menempuh berbagai-bagai kejadian. Subhanallah, setiap apa yang berlaku di langit dan di bumi , semuanya berada di dalam kekuasaan dan pengetahuan Yang Esa. Selayaknya aku, kamu, mereka dan kita semua bersyukur dengan kurniaan nyawa untuk terus bernafas, menghirup udara dan 'hidup' untuk setiap saat yang telah berlalu atau yang akan datang. Syukur.
Fantasi kecil? Pasti setiap dari kita punya fantasi yang selalu bermain di kotak fikiran. Ada beza di antara fantasi kanak-kanak, remaja dan dewasa. Masing-masing mahukan sesuatu yang melengkapkan mimpi yang indah mengikut corak dan warna yang disukai. Di kalangan mereka yang berfantasi, hakikatnya ramai yang besar hajat untuk memiliki fantasi yang super dan mega.... Salahkah untuk ada fantasi yang kecil?
Dua kosong satu satu... mulakan langkah. Pilihan pertama d4
0 ulasan pada :“ fantasi kecil ”
Catat Ulasan