2011-06-14

Halatuju?

Terbengkalai? Itulah yang terjadi kepada semua blog yang diternak. Jujur? Aku sendiri tidak pasti adakah disebabkan oleh kekangan masa atau semangat yang kurang membara. Tapi apa yang pasti, sesuatu harus dilakukan. 'Mental block' / 'writer's block' ini tidak boleh dilayan. Cukup. Halatuju serta visi dan misi blog 'Mencoret Menconteng' ini aku kemaskini dan perhalusi.

Elemen mencoret (bukan mencarut) memang telah lama aku praktikkan di blog yang satu ini. Bahagian menconteng sahaja yang belum ada. Blog aku yang utama, www.budakhutan.com akan mengambil peranan utama untuk misi blog mencoret conteng ini dahulu. Penulisan blog dalam bahasa melayu dengan tatabahasa yang betul (aku cuba). Manakala blog ini akan mencoret dengan lebih santai dan ringan.

Coretan akan dikaitkan dengan contengan. Contengan disini bermaksud, karya kreatif yang berkaitan dengan lukisan dan lakaran.

Contoh lukisan dan lakaran


dan juga karya kreatif seperti ini



gambar bayi dan kucing~kredit untuk Donald Zolan

Setiap karya yang tersiar di blog ini akan dipastikan ianya mendapat kredit daripada pengkarya asal. Bukan setakat memaparkan kerja seni antarabangsa, tetapi aku dengan sebaik mungkin akan turut mengetengahkan karya senit tempatan kita. Karya aku? pasti ada!

Mengejar klimaks mencari konklusi!

0 ulasan pada :“ Halatuju? ”

Blog Widget by LinkWithin