2011-06-16

Apakah itu seni?


Seni merupakan produk atau proses mengatur bahan secara sengaja (selalunya untuk simbolik yang signifikan) dengan cara yang mempengaruhi dan memberi kesan kepada satu atau lebih daripada pancaindera, emosi, dan intelek. Ia merangkumi pelbagai aktiviti ciptaan, manusia, dan cara ungkapan, termasuk muzik, sastera, filem, fotografi, arca, dan lukisan. Makna seni dikaitkan dan termaktub dalam cabang falsafah yang dikenali sebagai estetika, dan juga disiplin seperti sejarah dan psikologi yang mengupas hubungan karya dengan manusia dan generasi.

Secara tradisi, seni adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada mana-mana kemahiran atau penguasaan kepakaran. Tetapi seni sukar untuk ditakrifkan dan didefinisikan secara tepat. Setiap pengkarya seni, pengamal seni atau boleh juga kita gelar sebagai seniman seni, punya kaedah, peraturan dan amalan tersendiri untuk membentuk serta menghasilkan sebuah karya seni yang agung.

Cabang-cabang seni itu juga luas kawasan jajahan takluknya. Pengkelasan cabang seni akan aku cuba jelaskan dalam 'post' yang akan datang.

Nota aku:
Mengkaji dan mendalami ilmu untuk dikongsi dalam ayat-ayat aku. Sedikit demi sedikit, mengupas juga menikmati buah makrifat agar dapat dihadam dan dikumuh sebaiknya.

0 ulasan pada :“ Apakah itu seni? ”

Blog Widget by LinkWithin