2014-06-29

1 Ramadhan 1435H | CoretConteng


Salam Ramadhan kepada semua sahabat Islam di seluruh dunia. Apa khabar ? bagaimana dengan hari pertama Ramadhan kali ini? Ada kelainan? atau yang biasa-biasa juga ~_^

Alhamdulillah... masih diberikan kesempatan untuk terus mengetuk papan kekunci. Diberikan kekuatan untuk 'menempel' lagi isi di blog yang kian terpinggir ini. 

Aku suka dengan grafik di atas... ehem... ada perubahan sedikit daripada imej asal.
Imej asal ? ini dia... daripada tuan punya milik (owner : DeeJuusan aka Diana Abaddi - Jordan)

Cantik bukan karya asalnya. Aku cuma tambahkan warna. Sedikit tulisan dan ucapan.

Aku akan cuba luangkan masa untuk melukis di bulan Ramadhan ini. 

seperti di dalam entri aku di budakhutan.com | Salam Ramadhan 1435H

"Bagaimana dengan Ramadhan kali ini? Ada perancangan dan ‘misi’ yang mahu dilengkapkan? Dikasi jadi geng…
Aku? Ya… banyak perkara perlu dilangsaikan. Banyak mahu yang hendak direalisasikan. Banyak yang tertinggal harus dikejar. Banyak yang sikit wajib diperbanyakkan. Cobaan… benar, tidak mudah tetapi jangan pernah mudah mengalah."
aku perlu lebih berusaha.... jangan leka!

nota:
kali terakhir kemaskini di blog ini Oktober tahun lalu... lama benar.

0 ulasan pada :“ 1 Ramadhan 1435H | CoretConteng ”

Blog Widget by LinkWithin