2008-04-07

Celoteh Kata Hati

Kadang - kadang kita terasa seperti tidak punya masa yang cukup untuk diri sendiri. Mungkin kerana salah diri yang lalai untuk merencanakan rutin seharian. Rasa malas yang kadangkala menjadi tuan membuatkan sikap bertangguh memuncak. Puas direnung dan dihitung akan kesilapan dan kekhilafan yang telah terjadi dek tindakan tak merujuk akal. Tapi masih belum terlambat untuk menyusun langkah dan merombak strategi...
Ayuh bangun anak bangsaku... perbetulkan nawaitu mu, perkuatkan jati dirimu.
GAGAL itu tidak bererti TIDAK BERJAYA .

0 ulasan pada :“ Celoteh Kata Hati ”

Blog Widget by LinkWithin