Alhamdulillah , Novel Ungu Karmila telah pun selesai dibaca. Untuk peminat aksi , misteri dan 'thriller' , bolehlah membaca Novel yang di tulis oleh saudara RAMLEE AWANG MURSHID ini. Secara keseluruhan , kita akan turut terperangkap dalam dunia mistik hasil pena R.A.M. Walaupun mungkin ada sedikit kesilapan dari segi cetakan / nama watak yang tidak bersesuaian dengan plot yang sepatutnya.
Kisah cinta yang digarap dengan kemas juga membuai perasaan. Arif amat menyayangi Karmila. Dr.Ismadi jatuh cinta dengan Ema. Apakah kisah silam yang pernah terjadi di antara Arafat dan Karmila?. Adakah Arafat menyimpan perasaan terhadap Karmila , isteri adiknya?. Bagaimanakah Dino dan Bado tidak lagi sehaluan?. Tok Batin telah melarang... Jangan diganggu kawasan berpenunggu itu , kelak musibah melanda!...
Persoalan demi persoalan akan terungkai... adakah akan ada sambungan buat Ungu Karmila?
Tak sabar pula menunggu sambungan trilogi epik - (1)Bagaikan Puteri , (2) Cinta Sang Ratu...
Apakah kesinambungan kisah cinta dua dimensi berbeza , Laksamana Sunan dan Haryani...
"Padamnya hasrat yang bernyala kerana diri tenggelam punca"

2 ulasan pada :“ Selesai UNGU KARMILA ”
salam, terima kasih melawat blog akak. Semua karya Ramlee Awang Murshid memang best dan lain jalan ceritanya. Membaca novel RAM menjadikan seolah-olah kita adalah salah satu watak dalam cerita tersebut, walaupun watak tu memang tak wujud. Akak dah baca hampir semua karya novel RAM, termasuk Pei Pan yang pernah didramakan dan ditayangkan di RTM 2-3 tahun lepas. Paling menarik bagi akak novel ADAM, dan mestilah Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu, tak sabar tunggu Hijab Sang Ratu triologi kepada 2 cerita ni.Akak mula baca novel RAM sejak zaman universiti dulu, masa tu novel Mandatori baru dikeluarkan. Seronok dapat tahu pembaca yang menyokong karya tempatan :)
Wah , perkembangan seni dan sastera negara masih tidak ketandusan dengan peminat dan pejuang seni... Ianya juga masih dapat berkembang seiring kemajuan sains dan teknologi...
Catat Ulasan